Monday, December 26, 2011

BERJIMAT CERMAT

Pengertian

Berbelanja mengikut kadar yang mencukupi dan tidak boros. Setiap muslim hendaklah sentiasa beringat-ingat agar tidak menyesal dikemudian hari.

Cara Berjimat Cermat
  • Berbelanja mengikut kadar yang mencukupi.
  • Menyimpan sebahagian daripada perbelanjaan harian.
  • Berbelanja tidak mengikut perasaan dan melebihi keperluan
  • Tidak boros 
  • Mengatur perbelanjaan harian dengan bijak

Sunday, December 18, 2011

AKHLAK MULIA

Pengertian
Kelakuan atau tingkah laku yang baik, iaitu seluruh tingkah laku manusia yang bersesuaian dengan Al-Qur’an dan Al-Hadith.

Balasan
SYURGA disediakan bagi orang yang membuat kebajikan dan ketaatan manakala NERAKA untuk orang yang membuat kejahatan dan kemaksiatan. 
Kelebihan  
  • Menjadi hamba yang bertakwa
  • Dihormati Masyarakat
  • Terpelihara daripada dosa dan maksiat
  • Kehidupan lebih terurus

ADAB TIDUR

TAHUKAH ADIK-ADIK
          Tidur merupakan keperluan asas kepada setiap manusia. Tidur yang baik boleh memulihkan kesihatan dan merehatkan badan.

Sabda Rasulullah s.a.w  yang bermaksud :
“ Dianjurkan tidur dengan berbaring disisi kanan."

Tidak dianjurkan tidur meniarap kerana ia bukan sahaja membesarkan perut, tetapi merupakan posisi yang dibenci oleh Allah.

ADAB MANDI

KENAPA KITA PERLU MANDI???
Mandi merupakan satu amalan yang mulia. Kita perlu mandi kerana mandi dapat menghilangkan kekotoran pada badan. Ianya juga dapat menyegar dan menyihatkan tubuh badan. Orang yang suka kepada kebersihan akan dipandang mulia oleh Allah. Kebersihan itu separuh daripada iman.

ADAB BERPAKAIAN

Allah SWT memerintahkan kita untuk menutup aurat. Tahukah kawan-kawan, apakah yang dikatakan dengan " aurat " ?
         Aurat ialah anggota badan yang wajib ditutup daripada pandangan orang lain. Hukum menutup aurat adalah WAJIB, manakala membuka aurat pula hukumnya HARAM.