Sunday, December 18, 2011

ADAB TIDUR

TAHUKAH ADIK-ADIK
          Tidur merupakan keperluan asas kepada setiap manusia. Tidur yang baik boleh memulihkan kesihatan dan merehatkan badan.

Sabda Rasulullah s.a.w  yang bermaksud :
“ Dianjurkan tidur dengan berbaring disisi kanan."

Tidak dianjurkan tidur meniarap kerana ia bukan sahaja membesarkan perut, tetapi merupakan posisi yang dibenci oleh Allah.
ADAB SEBELUM TIDUR
  • Membersihkan diri
  • Menggosok gigi
  • Berwudhuk
  • Bersalaman dengan ibu bapa
  • Membaca doa
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
 Ertinya: Dengan nama Engkau Ya Allah...aku hidup dan mati.

ADAB BANGUN DARI TIDUR
  • Baca doa 
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Ertinya : Segala puji hanya untuk Allah yang telah menghidupkan kami dan mematikan kami, dan kepadaNya kami akan dikumpulkan.
  • Kemas tempat tidur
  • Bangun diawal pagi
  • Menggosok gigi dan bersihkan diri 

2 comments:

  1. Akak smpai bile2 sy akn ingt sal xbleyh tdow nerap,sbb tkt prut bncit....apes pom still ingt aper yg kak ttulias kat cni.........

    ReplyDelete